Jun 17, 2011

Rukun Islam

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-


1.Mengucap dua kalimah syahadah

Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.


Teks bahasa Arab:

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Transliterasi:

LA ILAHA ILALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.

Terjemahan bahasa Melayu

Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad Itu Pesuruh Allah.

Pengucapan syahādah secara jujur, dalam Bahasa Arab, di hadapan dua orang saksi Muslim, adalah cukup untuk seorang menjadi seorang Islam menurut kebanyakan sekolah-sekolah tradisional.

Biasanya frasa أشهد أن 'ašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua Syahadah.

Syarat sah syahadahBagi seseorang yang bukan Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.


Syarat bagi sahnya syahadah adalah:

1.Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.

2.Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)

3.Mamahami makna kedua-duanya.

4.Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.

5.Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.

6.Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.

Hak Syahadah Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib bagi beliau menunaikan hak kalimah. Hak kalimah adalah untuk disebarkan kepada mereka yang tidak mengucapkan kalimah(orang bukan Islam) dengan menerangkan kepada mereka maksud kalimah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, Tiada yang Berkuasa selain Allah, Tiada yang beri faedah dan bahaya selain Allah dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah sehingga mereka yakin dan tanpa paksaan mereka mengucap syahadah. Inilah dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat sebelum datang perintah solat.

SETIAP INSAN YANG LAHIR, UNTUK KEPADA ISLAM KAFFAH/KESELURUHAN, WAJIB BERSYAHADAH TIDAK KIRA DIA LAHIR DALAM KELUARGA YANG MEMANG BAPANYA DAN IBUNYA ISLAM ATAU BUKAN ISLAM. UNTUK DIRINYA SENDIRI DAN APABILA IA MENERIMA JANJI IA PULA MENJADI SAKSI PADA YANG LAIN.

a. AL-BAQARAH:208 "Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".

b. AL-MARYAM:87 "Mereka tidak berhak mendapat syafaat, kecuali orang orang yang telah mengadakan perjanjian disisi Tuhan".

c. AL-BAQARAH:132 "Dan Ibrahim mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub,"wahai anak-anakku! sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim".

d. AL-BAQARAH:254 "Wahai orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jualbeli padanya, tidak ada teman, serta tidak ada pertolongan syafaat. Dan orang kafir, mereka itulah orang yang zalim".(lihat pada surah Maryam:87 diatas(b))

e. AL-FATH:10 "Bahawasanya orang orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setis kepada Allah.Tangan Allah diatas tangan mereka,maka barangsiapa yang melanggar janjinya itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar".

f. AL-MAIDAH:11 "Adapun orang orang yang kafir dan mendustakan ayat ayat kami,mereka itulah penghuni neraka".


MEREKA YANG TELAH MENUNAIKAN SYRIAT INI(BAI'ATH), MAKA TERLAKSANALAH IA SEBAGAI ISLAM KESELURUHAN,DAN LAKUKANLAH RUKUN RUKUN YANG LAINNYA SEPERTIMANA YANG TELAH DIPERINTAHKAN SEBAGAI ISLAM, DAN JADILAH PEMELUK AGAMA ISLAM KESELURUHAN/KAFFAH. JANGANLAH MENGATAKAN SYARIAT(BAI'ATH)INI HANYA DILAKUKAN OLEH ORANG ORANG DAHULU SAHAJA, ITU SUDAH MENDUSTAKAN AYAT2 ALLAH YANG DIATAS DAN LAIN LAIN LAGI.

Sejarah
Satu daripada terjemahan terawal Syahadah ke bahasa asing yang masih kekal adalah dalam bahasa Greek, dari zaman pemerintahan al Walid I (86-96 AH, 705-715 M): Ouk estin theos ei mē ha theos monos; Maamet apostolos theou. "Tidak ada tuhan andai bukan tuhan yang tunggal; Muhammad adalah pesuruh tuhan", iaitu Allah telah diterjemahkan sebagai "tuhan yang tunggal".

Bendera
Beberapa bendera kebangsaan mempamerkan Syahadah:
Bendera Islam, Daulah Islamiyah
Bendera Arab Saudi, di satu latar hijau
Somaliland, sebuah negara yang tidak diktiraf oleh dunia
Afghanistan, dari 1990 hinggalah kini berlatarkan merah

Nota. Bagi negara-negara yang mempamerkan Syahadah, ia tidak boleh dikibarkan separuh tiang, sebagaimana yang dilakukan negara/negari lain sebagai tanda perkabungan. Selain itu, ia tidak boleh diletakkan sebarangan, seperti pada getah pemadam dan lain-lain, kerana dianggap menghina kalimah Syahadah

2.Menunaikan solat fardu lima waktu

Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Waktu-waktu solat
Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. 3.Berpuasa pada bulan Ramadan

Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

Syarat wajib solat:
1.IslamSelepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).

2.Baligh
(Baligh ( Bahasa Arab: بالغ ) secara harfiah atau bahasanya bermaksud telah mencapai. Dari segi istilah, ia bermaksud seseorang yang telah mencapai tahap kematangan seksual, iaitu dewasa dari segi jasad.

Bagi kanak-kanak lelaki, usia baligh ialah lazimnya antara 11-15 tahun, manakala bagi kanak-kanak perempuan, usia baligh adalah antara 9-12 tahun. Walau bagaimanapun, usia baligh berbeza mengikut tahap keseimbangan hormon dalam badan. Tanda baligh untuk lelaki ialah apabila telah bermimpi sehingga keluar air mani. Tanda untuk perempuan pula ialah apabila mereka telah mendapat haid yang pertama.)
3.Berakal
4.Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah solat
Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah s.a.w.

"Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim).
Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat.
Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.
"Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31).
Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t.
"Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144).
Yakin bahawa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)

Perkara-perkara yang membatalkan solat

1.Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
2.Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.

3.Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.[1]
4.Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
5.Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6.Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
7.Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
8.Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9.Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10.Meninggalkan rukun solat.
11.Murtad

Rukun Solat

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:

1.Qalbi (diingat dalam hati)
2.Qauli (diucap dengan lidah)
3.Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1.Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2.Niat.[Qalbi]
3.Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4.Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5.Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru,berhenti sebentar).[Fi'li]
6.Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7.Sujud dua kali, dengan tama'ninah. [Fi'li]
8.Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9.Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud. [Qauli]
10.Duduk dalam Tasyahhud akhir. [Fi'li]
11.Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12.Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13.Tertib [Qalbi]

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204).

Perkara-perkara sunat dalam solat
A.Sunat Hai'ah
Sunat Hai'ah merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 15 perkara:Sunat Ab'adh merupakan perkara sunat ketika solat yang terdiri daripada 7 perkara:
1.Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
2.Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
3.Membaca doa tawujud/iftitah. Doa iftitah ialah:
1. :"Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam."
2. : (Wajjahtu Wajhiya Lilladhī Faţara As-Samawāti Wa Al-’Arđa Ĥanīfāan Wa Mā ‘Anā Min Al-Mushrikīna, ‘Inna Şalātī Wa Nusukī Wa Maĥyāya Wa Mamātī Lillāhi Rabbi Al-`Ālamīna, Lā Sharīka Lahu, Wa Bidhalika ‘Umirtu Wa ‘Anā Min Al-Muslimīna)
4.Membaca A'uzubillah
5.Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat dan masa-masa yang ditentukan
6.Membaca amin selepas fatihah
7.Membaca surah al-Quran
8.Membaca tasbih ketika rukuk
9.Membaca tasbih ketika sujud
10.Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk
11.Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya
12.Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri
13.Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir
14.Salam yang kedua

Mereka yang tertinggal sunat Hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Ab'adh.

B.Sunat Ab'adh
1.Membaca tahiyat awal.
2.Selawat kepada nabi dalam tahiyat awal
3.Duduk tahiyat awal
4.Doa qunut waktu subuh dan pada Solat Sunat Witir.
5.Selawat di dalam qunut
6.Berdiri semasa qunut
7.Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.

Mereka yang tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi, tidak seperti mereka yang tertingalkan sunat Hai'ah.

Perkara-perkara makruh semasa solat
Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).Berpakaian sopan dan menutup aurat.
Memandang ke atas (mendongak).
Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
Bercekak pinggang.
Menyinsingkan kain atau baju.
Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata

Persediaan sebelum menunaikan solat
Berwuduk.
Duduk di atas tapak solat yang bersih(seperti diatas tikar sejadah)sambil berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
Berdiri(bagi mereka yang mampu)dan membaca niat waktu solat.
Iqamat dan membaca ayat Kursi(2:255), Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas (bagi menghalangi syaitan dan jin dari mengganggu solat).
Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan solat
Membaca Al-Quran.
Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat dariNya.


3.Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadan
4.Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta

5.Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu